Petisyen komuniti
Cadangan Mewujudkan Palang Automatik Dan Pondok Pengawal Di Dalur
Keterangan petisyen
Cadangan ini dikemukakan bagi memohon pihak berkaitan mempertimbangkan pewujudan palang automatik (boomgate) serta pondok pengawal (guard house) di kawasan Dalur demi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Sejak kebelakangan ini, jumlah keluar masuk kenderaan yang tidak terkawal menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk berkaitan aspek keselamatan, pencerobohan, kecurian serta aktiviti yang tidak diingini. Selain itu, ketiadaan sistem kawalan akses juga menyebabkan sukar untuk memantau pergerakan kenderaan asing yang memasuki kawasan perumahan.
Dengan adanya palang automatik dan pondok pengawal, ia dapat membantu mengawal kemasukan kenderaan, meningkatkan rasa selamat dalam kalangan penduduk, memudahkan pemantauan keselamatan serta mewujudkan suasana komuniti yang lebih teratur dan selesa untuk semua.
Petition ini diwujudkan sebagai tanda sokongan masyarakat agar cadangan ini dapat diberi perhatian dan dipertimbangkan oleh pihak berkaitan demi kepentingan bersama.
Berikan pandangan anda
Pilih setuju atau tidak setuju, lengkapkan maklumat dan tandatangan. Setiap unit hanya satu maklumbalas sahaja.